Sunday, April 22, 2012

itu kah tanda sayang atau cinta?

I am Johorean.. Jadi.. "kepada Allah berserah" Keep going.. Ya Allah permudah dan percepatkan segala urusan agar ujian ini berakhir sepantasnya. Engkau maha menyayangi dan maha mengetahui sesuatu yang tersirat.. Tidak sesekali diri ini sangsi dan bersangka buruk kepada ujianMu.. Sekadar mohon hidayahMu agar tetapkan hatiku utk kekal tabah dan kembali menyusur jalan yg lurus.. Sekiranya takdir tiada tertulis namaku.. Seandainya takdir tidak membisakan hidup ini berkeluarga.. Ya Allah.. Hindarilah hati ini dari terus menyayangi insan yang berkemungkinan membuatkan angan-angan seorang insan bernama perempuan ini lengkap..kekal.. Agar tiada bergantung harap.. Agar tidak bersandar impian.. Agar tidak meratapi perpisahan.. Agat tiada berkeinginan.. Agar tidak merasa kerinduan.. Agar hindar dari sedih yang berpanjangan.. Moga kasih sayang itu bersandar pada yang sudi.. Berlapik pada insan yang sedia.. Tiada salah merasa rindu.. Tapi mohonku hanya pada yang berupaya membalasnya.. Kerana rindu padaMu lebih besar sandaran nya.. Hati insan ini tiada terjangkau keupayaannya.. Bisa merindu yang tiada berbalas.. Kelak sendiri menghiris diri.. Kembalikan keyakinan.. Ketabahan.. Fokus pada keupayaan untuk kekal sendiri sehingga akhirnya.. Andainya si dia masih sihat dibumi mu.. Sedang berusaha mencariku.. Permudahkan urusannya.. Agar yang terjalin itu dibangunkan itu adalah keranaMu ya Allah.. Jika tiada.. Malapkan perasaan menunggu itu.. Hapuskan impian menggunung itu.. Agar lebih meredhai keadaan semasa dan tidak melebih2 mohon yang luar dari biasa.. Engkau penentu dan pengadil yang bijaksana.. Terlalu banyak kelemahan diri ini sehingga tiada yang bisa berkongsi bersama.. Menjarak di saat mula.. Justeru.. Ku mohon tiada lagi yang mendekati jika sekadar hadir menulis memori.. Yang kucari insan yang menjadi pena dan pemadam dalam diari hidupku.. Moga Allah mempermudah dan memperkenan doa ku.. Agar tiada lagi resah menanti dan remuk dihimpit rindu pada yang bukan milikku..ameen..

No comments: