Wednesday, October 17, 2012

Mengelak sebarang kemungkinan..

Sisa-sisa malam kini lebih dimanfaatkan sebaiknya..
Adakalanya ada baiknya segala yang terjadi..

Benarlah ditiap alunan lagu dan puisi,
Sang penyair, si penulis begitu merayu-rayu,
Menyujut, menyembah memohon dipertimbang, dilulus
Setelah begitu bangga meninggalkan dengan alpa

Hari dimula dengan indah..
Sebaik mata terbuka..
Hati mengucap..
"Rabbi assir walla tu assir, Rabbi tammim bil hair"

Menjadi lazim untuk tidak menunai solat Isyak sebelum tidur..
Mengapa??
Agar diri itu tahu..
Ada hutang dengan Allah..
Berat mana mata, penat mana badan
Tersungkur di setiap sudut katil mohon 5 minit tidur..

Argh.. Alah bisa tegal biasa..
Hari ni, kena awal.. tiada supir yang bisa menurun dan mencari parkir..

Awal tak awal.. 8:05 am gak la..
Pagi dilewati dengan alunan lagu:
"Bergending.. - SM Salim"
"Lagu Zaman - Trio"
"Save the Last Dance for Me -Buble"
"Hatiku Dicuri Lagi - Sharifah Aini"

Mengharap agar satu ketika doa dan harapan itu diperkenan..
Agar tiada lagi bersandar pada yang salah..
Apalah ujian untuk hari ini..
Aah.. kebetulan la (hari-hari semalam)..
Bagaimana bisa tidak dipertemu selama 7 bulan..
Kini diuji sekerapnya? Apakah petunjuk yang ingin dikaji disebaliknya?

Lets give a try.. Tak terfikir..
Tanpa kanda teman berbicara
Teman bergurau senda
Teman meluah rasa
ketika berdua meluang masa
Di kafe membuka selera..

Urm.. lambatkan..
yang selalu mempelawa dah jauh berlalu
Tak sarapan la hari ni..

"Eh, meyla.. saya teman.. saya nak beli kentang kat Mokku.."
Rancak berbual hal dekan menanya yang macam-macam..
Lagak bersahaja menepis bercara..

"ASSALAMUALAIKUM.."

Muka diangkat melihat siapa..
Memanglah tiada rasa menegur sapa..
Dikala berada diperkarangan tempat kerja..

Tersentak membisu..
Dia menegur.. Baru balik dari sarapan gamaknya.. Berdua..
Itulah.. ramai yang bertanya.. Tak per ker? Dia ramai kawan perempuan..

Wa'alaikum salam..

Terus terputus segala cerita.. Terus berdebar paluan hati..
YaAllah.. rasanya masih sama.. sehingga bila training ini akan berterusan..
Jangan nanti bila sudah acapkali berjumpa.. Terasa kehilangan bila tidak mengusik mata..
Hadirnya dia sekadar masa yang ada..

Mohon ya Allah.. berikan kekuatan.. dan tetapkan hati menerima ketentuan..

Sekiranya sebaliknya.. mudahkan.. agar lembut hatinya selembut orangnya..
Biarlah yang keras penampilannya juga diberi kekerasan pada hatinya..
Mudah benar lentur tidak sekali melambang peribadi luarannya..

-Maghrib, CPS-
Billik baru.. Bilik En. Nik..

Kau Maha Mengetahui.. HambaMu sekadar memohon agar diringankan ujiannya..
*Lengan kiri bagai dipulas.. Mengapakah???!!"



No comments: