Monday, October 15, 2012

Dia bukan lagi siapa tapi pemangkin pada cintaNya

Tujuh bulan telah berlalu. tampak mudah, ada yang memandang enteng, ada yang tersenyum sinis, ada yang tiada putus memberi harapan, ada yang tampil dengan pelbagai nasihat.. 

Yang jelek:
Pada diri yang masih memikir.. Pada hati yang masih berharap.. Pada niat yang terus berdoa.. Pada memori yang masih mengulit impian.. Pada usaha yang tiada setimpal kudrat.. Pada rasa yang tidak pernah luak walau terus-terusan dikuis, dikuak, ditepis, ditolak, disindir, dibahasa.. kerana terlalu menerima diri seadanya..
 
Yang manis:
Pemakaiannya lebih sopan, penampilannya lebih perempuan, emosinya lebih stabil, solatnya lebih persis, bacaan alQurannya lebih lancar, solat malamnya lebih kerap, doanya lebih tertib, sabarnya lebih jelas..

Airmata teman setia, doa dan hadith peneman setia..
Hatinya makin rapuh sedikit demi sedikit menjadi debu..

Adakala dicabar mengapa dia yang diberi ujian
Sebulatnya hatinya memujuk m sohon bersabar
Mengapa diberi rasa percaya pada yang salah
SeIembutnya bisikan mohon mengalah

Dalam senyum tangisan hatinya meraung
Dalam gelak jiwanya rabak
Dalam berjenaka iras wajahnya hiba

Seperti anjing buruk kepala..
Mengapa masih memilih dirinya

Seperti melukut ditepi gantang
Mengapa masih mengasih dirinya

Akhirnya dia sedar..
Mengapa susah benar memberi rasa percaya untuk bersama.. Mengapa sulit benar mengukir memori bersama..

sukarnya melupakan.. tak semua manusia sifatnya sama.. sekali memberi komited selamanya.. sekali menyayangi tiada berkurangan.. sekali menjalin hubungan tiada erti memutuskan walau sehebatny berantakan..


Manusia itu sama hitam rambutnya..
Hati dan rasanya masih berlainan..


Bersabarlah wahai insan.. ada bahagianmu.. 
Bumi Allah ini besar.. andainya kamu ditindas..berhijrahlah.. 

No comments: