Thursday, November 21, 2013

A Lenchai eliminates the Hero

It has been an eon days since my last post. 

Suatu kehilangan yang dirasakan begitu menyentap kekuatan diri dan begitu menguji nilai iman seorang wanita. Bagai hilang arah, bagai hilang tempat bersandar rasa, bagai didabung bila sesuatu janji yang termeteri dilerai tanpa sebab munasabah.

Minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Setahun dibiar lara, diperhebat dengan berita tekad berhenti kerja. Naluri keras membalut kuat hati untuk ajak bersemuka, tiada lagi rasa kasih, apakan lagi erti sayang, jauh sekali meniti cinta. Persoalan ditepis dengan alasan bersahaja.

Bertapa Allah itu maha mengetahui, walau sehebat mana perancangan manusia, aturan strategi, binaan berlapis tembok besar China mengawal hati dan rasa, andai kehendakNya mengizinkan ujian yang melukakan, NAH! itulah dugaannya.

Pada ketika itu, erti janji manusia tiada berpanjangan, tiada yang boleh disandarkan tanpa izin yang maha kuasa. Tiada lagi kekuatan untuk mempertahan. Sekadar usaha dari jauh mohon izinNya mengatur yang sebaiknya.

Tiap hari tikar sejadah menemani sepertiga malam, mohon diberi ketenangan dan dihapuskan rasa gulana yang menyulam hati. Aturan kerja kembali terancang. Usaha mengisi ruang kekosongan dengan pelbagai acara aturan sendiri.

Hari bertukar hari, satu sapaan menerjah ruangan FBchat, sejurus selepas selesai salam kedua Subuh. "Salam, da subuh?" hurm.. 23 Februari detik mula sebuah persahabatan. Berganti masa, jadual aktiviti mula dikongsi. Kian diperhebat dengan kegilaan mendapat nyawa untuk menerus perjuangan dalam candycrush. "Nyawa.. Nyawa."."Awak, nak tiket.. cepat-cepat..."

Nah, tanpa sedar, seakan kehilangan. andai tiada sapaan rutin. Mula merasakan janggalnya hari. Namun, masih tidak tegar bertukar nombor telefon. Ruangan maya terus menjadi sandaran. Rasa itu dibiar lalu, fokusnya masih pada FBchat yang telah dipinggirkan si dia.

Dalam mengharungi hari, tiap 17hb bersambut di susuk cafe AIKOL, tiap hari tanpa berhenti berkongsi cerita pejabat.. tanpa mengharap ditatap, jauh sekali dibaca. Membiar rasa itu ditenangkan tanpa diketahui insan lain. Cara terbaik dengan izin Allah, agar 'the pride preserved'

Nantilah sambung..

Mamaiena






No comments: