Wednesday, October 17, 2012

Mengelak sebarang kemungkinan..

Sisa-sisa malam kini lebih dimanfaatkan sebaiknya..
Adakalanya ada baiknya segala yang terjadi..

Benarlah ditiap alunan lagu dan puisi,
Sang penyair, si penulis begitu merayu-rayu,
Menyujut, menyembah memohon dipertimbang, dilulus
Setelah begitu bangga meninggalkan dengan alpa

Hari dimula dengan indah..
Sebaik mata terbuka..
Hati mengucap..
"Rabbi assir walla tu assir, Rabbi tammim bil hair"

Menjadi lazim untuk tidak menunai solat Isyak sebelum tidur..
Mengapa??
Agar diri itu tahu..
Ada hutang dengan Allah..
Berat mana mata, penat mana badan
Tersungkur di setiap sudut katil mohon 5 minit tidur..

Argh.. Alah bisa tegal biasa..
Hari ni, kena awal.. tiada supir yang bisa menurun dan mencari parkir..

Awal tak awal.. 8:05 am gak la..
Pagi dilewati dengan alunan lagu:
"Bergending.. - SM Salim"
"Lagu Zaman - Trio"
"Save the Last Dance for Me -Buble"
"Hatiku Dicuri Lagi - Sharifah Aini"

Mengharap agar satu ketika doa dan harapan itu diperkenan..
Agar tiada lagi bersandar pada yang salah..
Apalah ujian untuk hari ini..
Aah.. kebetulan la (hari-hari semalam)..
Bagaimana bisa tidak dipertemu selama 7 bulan..
Kini diuji sekerapnya? Apakah petunjuk yang ingin dikaji disebaliknya?

Lets give a try.. Tak terfikir..
Tanpa kanda teman berbicara
Teman bergurau senda
Teman meluah rasa
ketika berdua meluang masa
Di kafe membuka selera..

Urm.. lambatkan..
yang selalu mempelawa dah jauh berlalu
Tak sarapan la hari ni..

"Eh, meyla.. saya teman.. saya nak beli kentang kat Mokku.."
Rancak berbual hal dekan menanya yang macam-macam..
Lagak bersahaja menepis bercara..

"ASSALAMUALAIKUM.."

Muka diangkat melihat siapa..
Memanglah tiada rasa menegur sapa..
Dikala berada diperkarangan tempat kerja..

Tersentak membisu..
Dia menegur.. Baru balik dari sarapan gamaknya.. Berdua..
Itulah.. ramai yang bertanya.. Tak per ker? Dia ramai kawan perempuan..

Wa'alaikum salam..

Terus terputus segala cerita.. Terus berdebar paluan hati..
YaAllah.. rasanya masih sama.. sehingga bila training ini akan berterusan..
Jangan nanti bila sudah acapkali berjumpa.. Terasa kehilangan bila tidak mengusik mata..
Hadirnya dia sekadar masa yang ada..

Mohon ya Allah.. berikan kekuatan.. dan tetapkan hati menerima ketentuan..

Sekiranya sebaliknya.. mudahkan.. agar lembut hatinya selembut orangnya..
Biarlah yang keras penampilannya juga diberi kekerasan pada hatinya..
Mudah benar lentur tidak sekali melambang peribadi luarannya..

-Maghrib, CPS-
Billik baru.. Bilik En. Nik..

Kau Maha Mengetahui.. HambaMu sekadar memohon agar diringankan ujiannya..
*Lengan kiri bagai dipulas.. Mengapakah???!!"



Tuesday, October 16, 2012

untuk ke-n kalinya kebetulan itu berlaku..

Dalam sempoi hilai tawa,
Ada juga sisipan menguji rasa..

YaAllah.. sedang enak melayar facebook..
Tika mendidik rasa supaya cekal menerima..
Lihatlah dugaannya:

Habis Tai-Chi.. perut menggelodak lapar
Urm.. tampil Yana staff setia mempelawa
"Jom ina.. Kita g bli mkn"

lantaran dibawa ke sudut tangga berhampiran PG lab.. "Iskh.. tggu sini.. jgn pegi mana2.."
arahannya kerana tiada mahu dibawa mundar mandir ke depan opis dekan..

bersandar melepas lelah bersandar di pintu tangga
meneliti anak siswa/i yang lalu lalang..

terpana seketika.. semalam.. sistem mengait dirinya.. seawal pagi ini.. Allah uji lagi rasa itu..

terpaku sepasang mata pada notis hebahan bercorak promosi.. lihatlah gimik hati bermain rasa dg pasangan mata..

yaAllah.. rasa itu masih di situ.. tiap hari aku menyimpul petunjuk bahawa aku sedang diberi ruang menolak sehingga tiap hari Allah bantu memberi training agar hilang terus rasa terhadapnya

penutup hari.. sekilas jelingan terpalit antaranya
di satu sudut mebolak secemerlang rasa tanpa simpati.. di satu sudut diri merotan hati mengajar untuk menerima..

selangi waktu.. bagai dipermudah urusan ke sana..  entah apa perancanganNya untukku..

mendugakan? lihatlah ujian Allah mendidik hati agar cekal memahami.. dalam menilai makhlukNya yang lain.. masih memberi ruang kepada urusan rasa yang tah apa2..


Monday, October 15, 2012

Dosaku di balas di dunia

Debaran memangku kerja kian terasa.
Sebak rindu semakin ketara.
Moga perginya dituntun rapat agar bisa pulang dengan selamat

Hubungan dimula tanpa diriNya
Itulah silapnya..

Kiriman niat dan doa yang pertama memperlihat hubungan keretakkan

Kiriman niat dan doa yang kedua kalinya memperlihat perasaan membenci dan lebih berantakan..

Kiriman niat dan doa yang ketiga memohon petunjuk atas masa depan seterusnya..

Dalam diri tertib berdoa memohon pelbagai petunjuk dari hajjat sehinggalah istikarah.. tidur malamnya masih nyenyak.. tiada mimpi tanda ilham..

Perjalanan hariannya kian diduga.. dikala sebulat hati melupakan.. dipertemu empat mata bertentangan..

tika hati membungkal keras tanda pasrah.. diberikan dan diluangkan masa mengintai memandang dari jauh..

tatkala sekerasnya cuba menjauhi.. yaAllah.. ujiannya.. semakin acap mengembali ingatan..

boleh nak jadi cerita.. kesibukan hari ini.. masih mampu tersisip ingatan mengingatnya. Dosa besar apakah?Mohon diampuni dan tidak lagi dihimpit rasa sakit mengingati yang macam-macam..

Esok encik Fahmi.. vendor EASystem.. sila amend yang utama.. mohon search tu ditukar menjadi "INA" xpyh la sesimple sgt namanya... hahaha..

so disturbing.. always haunting my life..

its hurt la.. stop doing this.. please...

Dia bukan lagi siapa tapi pemangkin pada cintaNya

Tujuh bulan telah berlalu. tampak mudah, ada yang memandang enteng, ada yang tersenyum sinis, ada yang tiada putus memberi harapan, ada yang tampil dengan pelbagai nasihat.. 

Yang jelek:
Pada diri yang masih memikir.. Pada hati yang masih berharap.. Pada niat yang terus berdoa.. Pada memori yang masih mengulit impian.. Pada usaha yang tiada setimpal kudrat.. Pada rasa yang tidak pernah luak walau terus-terusan dikuis, dikuak, ditepis, ditolak, disindir, dibahasa.. kerana terlalu menerima diri seadanya..
 
Yang manis:
Pemakaiannya lebih sopan, penampilannya lebih perempuan, emosinya lebih stabil, solatnya lebih persis, bacaan alQurannya lebih lancar, solat malamnya lebih kerap, doanya lebih tertib, sabarnya lebih jelas..

Airmata teman setia, doa dan hadith peneman setia..
Hatinya makin rapuh sedikit demi sedikit menjadi debu..

Adakala dicabar mengapa dia yang diberi ujian
Sebulatnya hatinya memujuk m sohon bersabar
Mengapa diberi rasa percaya pada yang salah
SeIembutnya bisikan mohon mengalah

Dalam senyum tangisan hatinya meraung
Dalam gelak jiwanya rabak
Dalam berjenaka iras wajahnya hiba

Seperti anjing buruk kepala..
Mengapa masih memilih dirinya

Seperti melukut ditepi gantang
Mengapa masih mengasih dirinya

Akhirnya dia sedar..
Mengapa susah benar memberi rasa percaya untuk bersama.. Mengapa sulit benar mengukir memori bersama..

sukarnya melupakan.. tak semua manusia sifatnya sama.. sekali memberi komited selamanya.. sekali menyayangi tiada berkurangan.. sekali menjalin hubungan tiada erti memutuskan walau sehebatny berantakan..


Manusia itu sama hitam rambutnya..
Hati dan rasanya masih berlainan..


Bersabarlah wahai insan.. ada bahagianmu.. 
Bumi Allah ini besar.. andainya kamu ditindas..berhijrahlah..