Sunday, April 26, 2015

Wedding of His Brother

Seminggu bercuti di kampung.. Kalah yang berkahwin lagaknya..

He was on leave, a week before the event. No fbchat.. He seems busy.. Latest was his picture taken at the roof top.. repairing something. Since he was at his hometown, our message were reduced into 3 messages (maximum).

It was two days before the wedding, he sent me the invitation. naah... (ajak-ajak ayam la tu..). It was weekend, I was with Ayi doing nothing.. Hurm.. since I was invited and no plan that weekend, I asked Ayi's assistance to accompany me.

It was a long hours journey since we entered the first exit tol and caught in a 'tortoise moved' traffic. As I reached there, wow.. it was a really great view. 'saujana mata memandang'. A new experienced for both of us (me and ayi) when we had to sit separately. After completed the meal, I decided to go back without meeting him. I ended my fbchat with "kalau ada jodoh, kita jumpa ye.. I do not plan to meet you unless we bump into each other and I'm going back.. thank you for the foods".

I confidently feel that he will not read his phone during this busy hours. Suddenly, someone standing behind me. He found me. Since this was our first met, I already brought him a souvenirs, a pen (my favourite gift to all people who I admired and adore). but in this case, not admire or adore, it was more to salam perkenalan. A pen written "Helmi, February 23". It was initially assignment given by him, to find our first fbchatting since he found the date we became friend at fb (which an assignment I gave him earlier). huh!

He introduced me to his mother and I could hear some people talking about us. Hahaha... Biasalah orang-orang tua.. mengusiknya tak tinggal... Kawan la.. xkenal pun mamat ni... Ok.. We had spent about half an hour there.. Nice to meet him in person. Good looking juga maybe sebab dia botakkan kepala die.. So lengchai.. hahaa..

Nice to meet you, bro.. I hope this friendship last forever.

mamiena

Thursday, April 23, 2015

DIA mengetuk sifat ingin tahuku kepadanya

Terlalu lama rasanya blog ini ditinggalkan tanpa sebarang kata.

Rentetan daripada dugaan yang menampar benak jiwa, setelah bertahun mengelak dari rasa derita dihimpit perasaan putus kasih, setelah hampir 15 tahun mengasing diri, tiap pertemuan dengan seorang adam, pastinya kategori mereka hanyalah kawan, teman sekerja, adik, abang.. dikunci rapat pintu untuk menerima seorang adam sebagai kekasih.

Ujian maha hebat melanda. Bagai dihiris sembilu, tiap hari menangis, meratap menagih sebab mengapa ditinggalkan pergi. Sesungguhnya, yakin dan percayalah bahawa Allah itu maha hebat perancangannya. Mencari erti cinta bersandarkan kasih tidak berbelah bahagi tampaknya terlalu luar biasa, terlalu sukar untuk direalisasikan bagi seorang manusia di bumi Allah. Kehilangan pada masa akan datang setelah bersama pastinya memberi lebih dalam kesan kepada jiwanya. Biarlah ia menjadi suatu kenangan untuk dikongsi peritnya pada ketika ada yang meniti derita yang sama. Singkat tapi dalam rasanya. Ada ketika marah pada diri sendiri kerana terlalu percaya pada manis bicara seorang manusia.

Jodoh pertemuan itu ditangan tuhan. Sirrun... Tiada diketahui masanya. Perkenalan singkat bermula dengan hanyalah bualan biasa antara dua sahabat yang tidak mengenali antara satu sama lain. bulan berganti bulan.. dalam kebanyakan pertemuan bicara tulisan di antara dua insan, tiada yang berkekalan. Asal niatnya mengisi ruang kosong sebagai teman berbual.

Jelasnya, insan ini terlalu unik, setelah berbulan berbual, tiada banyak yang dikongsikan. Lebih kepada rutin hariannya ke mana sahaja pergerakannya dikongsi. Dia bukan mencari teman berbicara, dia bukan ingin mencari teman meluah rasa kosong. Rutinnya penuh, tiada ruang untuk merasa kosong. Jarang berkongsi hal peribadi, dia hadir sekarang memaklum rutin perjalanan hidupnya.

Siapakah lelaki ini? Hurm.. asal tidak berbual yang bukan-bukan, aku biarkan sahaja dia mewarnai hari-hariku. Rutinnya mudah, sehari, telefonku pasti menerima minimum 5 teks masuk daripadanya.
1. Da sampai office
2. Jom makan tengahari
3. Masa untuk balik
4. Saya ke futsal/badminton (Isnin- Futsal; Selasa, Jumaat - Badminton)
5. Good nite.

teksnya akan lebih apabila ada yang ingin dibincangkan, nak beli kasut baru, nak ke site...

Lain sungguh gayanya.. terlalu naif dan bersahaja.. tidak pernah mengutara rasa rindu, jauh sekali cuba melebihi batas hubungan sahabat. Mengandaikan dia telah dimiliki, fbchat itu dibiar.. acuh tak acuh... Rutinku sebaliknya digalur pada FB tidak bertuan.,

Siapa dia lelaki ini, tanpa dikenali, pendekatannya jauh sekali berbeza dari yang lain.

p/s: mungkin aku terlalu ortodoks, tidak memberi ruang untuk keluar bersama berdua. jauh sekali berpegang tangan, padaku, itu hanya untuk si Dia yang halal untukku satu hari nanti.

Mungkin atas persepsi itu, diri ini selalu kaget dan tidak yakin untuk keluar dengan lelaki tanpa teman melainkan sudah bertahun menjadi kawan.. (dan bila mereka melayanku seperti mereka) bukan sebagai sahabat perempuan. Kerana itu kenalanku hanyalah terhad kepada alam maya di luar negara. mudahkan?

DIA, membuat aku merasa mudah... siapakah lelaki ini yang hadirnya tiba-tiba?


Thursday, November 21, 2013

A Lenchai eliminates the Hero

It has been an eon days since my last post. 

Suatu kehilangan yang dirasakan begitu menyentap kekuatan diri dan begitu menguji nilai iman seorang wanita. Bagai hilang arah, bagai hilang tempat bersandar rasa, bagai didabung bila sesuatu janji yang termeteri dilerai tanpa sebab munasabah.

Minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Setahun dibiar lara, diperhebat dengan berita tekad berhenti kerja. Naluri keras membalut kuat hati untuk ajak bersemuka, tiada lagi rasa kasih, apakan lagi erti sayang, jauh sekali meniti cinta. Persoalan ditepis dengan alasan bersahaja.

Bertapa Allah itu maha mengetahui, walau sehebat mana perancangan manusia, aturan strategi, binaan berlapis tembok besar China mengawal hati dan rasa, andai kehendakNya mengizinkan ujian yang melukakan, NAH! itulah dugaannya.

Pada ketika itu, erti janji manusia tiada berpanjangan, tiada yang boleh disandarkan tanpa izin yang maha kuasa. Tiada lagi kekuatan untuk mempertahan. Sekadar usaha dari jauh mohon izinNya mengatur yang sebaiknya.

Tiap hari tikar sejadah menemani sepertiga malam, mohon diberi ketenangan dan dihapuskan rasa gulana yang menyulam hati. Aturan kerja kembali terancang. Usaha mengisi ruang kekosongan dengan pelbagai acara aturan sendiri.

Hari bertukar hari, satu sapaan menerjah ruangan FBchat, sejurus selepas selesai salam kedua Subuh. "Salam, da subuh?" hurm.. 23 Februari detik mula sebuah persahabatan. Berganti masa, jadual aktiviti mula dikongsi. Kian diperhebat dengan kegilaan mendapat nyawa untuk menerus perjuangan dalam candycrush. "Nyawa.. Nyawa."."Awak, nak tiket.. cepat-cepat..."

Nah, tanpa sedar, seakan kehilangan. andai tiada sapaan rutin. Mula merasakan janggalnya hari. Namun, masih tidak tegar bertukar nombor telefon. Ruangan maya terus menjadi sandaran. Rasa itu dibiar lalu, fokusnya masih pada FBchat yang telah dipinggirkan si dia.

Dalam mengharungi hari, tiap 17hb bersambut di susuk cafe AIKOL, tiap hari tanpa berhenti berkongsi cerita pejabat.. tanpa mengharap ditatap, jauh sekali dibaca. Membiar rasa itu ditenangkan tanpa diketahui insan lain. Cara terbaik dengan izin Allah, agar 'the pride preserved'

Nantilah sambung..

Mamaiena






Thursday, November 22, 2012

I am returning his...

SubhanAllah...

Usaha menyatu dua hati atau petunjuk pada berakhirnya sebuah harapan? No one knows.. Sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui sesuatu yang ghaib dan aku tidak mengetahui. Sekadar yang pasti, sebelum.. ketika dan selepas.. rasa itu masih sama.. the uneasy feeling.. nervous.. with percussion heartbeat whenever there's something related to him.. "Otuke??" I don't think the correct word.. It should be.. "Eolmana?.."

It's still me, that woman... How long? Till when? Allah knows the best..



Urgghh.. Some people recognize this unwell feeling heart walaupun sebaiknya berusaha sembunyikan.. At this age of 30, not for you to consider da sepatutnya.. But yet, you are the one who let him try.. That's me to be blamed.

There is argument, why I didn't take the opportunity to let him know my feeling? Cause I just don't have to.. He would understand if there is a chemistry within us, if we are made for each other, kan? I've played my part and if he shares the same feeling, the feeling will brings him back.

May be I'm not in a capacity of saying it out verbally.. let me share it through song.. The reason why I am not saying anything...



I'm still holding on you, that deep... Quoting:

I can't pretend these tears 
Aren't over flowing steadily 
I can't prevent this hurt from 
Almost overtaking me 
But I will stand and say goodbye 
For you'll never be mine 
Until you know the way it feels to fly 

If you should return to me
We truly were meant to be...

Yakinlah bahawa Allah itu perancang yang terbaik
InsyaAllah.. 

Love seems forbidden to you.. but why should you make it forbidden when there is someone willingly stand by your side 24/7? How can I say it to you on the hardness I've gone through? 

If only I can yell.. and punch you hard
why I am still enduring this hardness by the continuous fake love you've instilled in me.. 

Dear iena.. It's simple..
It's the love you have so much in you, for people surround you

this should be cherished and not to be blamed..

Wednesday, October 17, 2012

Mengelak sebarang kemungkinan..

Sisa-sisa malam kini lebih dimanfaatkan sebaiknya..
Adakalanya ada baiknya segala yang terjadi..

Benarlah ditiap alunan lagu dan puisi,
Sang penyair, si penulis begitu merayu-rayu,
Menyujut, menyembah memohon dipertimbang, dilulus
Setelah begitu bangga meninggalkan dengan alpa

Hari dimula dengan indah..
Sebaik mata terbuka..
Hati mengucap..
"Rabbi assir walla tu assir, Rabbi tammim bil hair"

Menjadi lazim untuk tidak menunai solat Isyak sebelum tidur..
Mengapa??
Agar diri itu tahu..
Ada hutang dengan Allah..
Berat mana mata, penat mana badan
Tersungkur di setiap sudut katil mohon 5 minit tidur..

Argh.. Alah bisa tegal biasa..
Hari ni, kena awal.. tiada supir yang bisa menurun dan mencari parkir..

Awal tak awal.. 8:05 am gak la..
Pagi dilewati dengan alunan lagu:
"Bergending.. - SM Salim"
"Lagu Zaman - Trio"
"Save the Last Dance for Me -Buble"
"Hatiku Dicuri Lagi - Sharifah Aini"

Mengharap agar satu ketika doa dan harapan itu diperkenan..
Agar tiada lagi bersandar pada yang salah..
Apalah ujian untuk hari ini..
Aah.. kebetulan la (hari-hari semalam)..
Bagaimana bisa tidak dipertemu selama 7 bulan..
Kini diuji sekerapnya? Apakah petunjuk yang ingin dikaji disebaliknya?

Lets give a try.. Tak terfikir..
Tanpa kanda teman berbicara
Teman bergurau senda
Teman meluah rasa
ketika berdua meluang masa
Di kafe membuka selera..

Urm.. lambatkan..
yang selalu mempelawa dah jauh berlalu
Tak sarapan la hari ni..

"Eh, meyla.. saya teman.. saya nak beli kentang kat Mokku.."
Rancak berbual hal dekan menanya yang macam-macam..
Lagak bersahaja menepis bercara..

"ASSALAMUALAIKUM.."

Muka diangkat melihat siapa..
Memanglah tiada rasa menegur sapa..
Dikala berada diperkarangan tempat kerja..

Tersentak membisu..
Dia menegur.. Baru balik dari sarapan gamaknya.. Berdua..
Itulah.. ramai yang bertanya.. Tak per ker? Dia ramai kawan perempuan..

Wa'alaikum salam..

Terus terputus segala cerita.. Terus berdebar paluan hati..
YaAllah.. rasanya masih sama.. sehingga bila training ini akan berterusan..
Jangan nanti bila sudah acapkali berjumpa.. Terasa kehilangan bila tidak mengusik mata..
Hadirnya dia sekadar masa yang ada..

Mohon ya Allah.. berikan kekuatan.. dan tetapkan hati menerima ketentuan..

Sekiranya sebaliknya.. mudahkan.. agar lembut hatinya selembut orangnya..
Biarlah yang keras penampilannya juga diberi kekerasan pada hatinya..
Mudah benar lentur tidak sekali melambang peribadi luarannya..

-Maghrib, CPS-
Billik baru.. Bilik En. Nik..

Kau Maha Mengetahui.. HambaMu sekadar memohon agar diringankan ujiannya..
*Lengan kiri bagai dipulas.. Mengapakah???!!"



Tuesday, October 16, 2012

untuk ke-n kalinya kebetulan itu berlaku..

Dalam sempoi hilai tawa,
Ada juga sisipan menguji rasa..

YaAllah.. sedang enak melayar facebook..
Tika mendidik rasa supaya cekal menerima..
Lihatlah dugaannya:

Habis Tai-Chi.. perut menggelodak lapar
Urm.. tampil Yana staff setia mempelawa
"Jom ina.. Kita g bli mkn"

lantaran dibawa ke sudut tangga berhampiran PG lab.. "Iskh.. tggu sini.. jgn pegi mana2.."
arahannya kerana tiada mahu dibawa mundar mandir ke depan opis dekan..

bersandar melepas lelah bersandar di pintu tangga
meneliti anak siswa/i yang lalu lalang..

terpana seketika.. semalam.. sistem mengait dirinya.. seawal pagi ini.. Allah uji lagi rasa itu..

terpaku sepasang mata pada notis hebahan bercorak promosi.. lihatlah gimik hati bermain rasa dg pasangan mata..

yaAllah.. rasa itu masih di situ.. tiap hari aku menyimpul petunjuk bahawa aku sedang diberi ruang menolak sehingga tiap hari Allah bantu memberi training agar hilang terus rasa terhadapnya

penutup hari.. sekilas jelingan terpalit antaranya
di satu sudut mebolak secemerlang rasa tanpa simpati.. di satu sudut diri merotan hati mengajar untuk menerima..

selangi waktu.. bagai dipermudah urusan ke sana..  entah apa perancanganNya untukku..

mendugakan? lihatlah ujian Allah mendidik hati agar cekal memahami.. dalam menilai makhlukNya yang lain.. masih memberi ruang kepada urusan rasa yang tah apa2..


Monday, October 15, 2012

Dosaku di balas di dunia

Debaran memangku kerja kian terasa.
Sebak rindu semakin ketara.
Moga perginya dituntun rapat agar bisa pulang dengan selamat

Hubungan dimula tanpa diriNya
Itulah silapnya..

Kiriman niat dan doa yang pertama memperlihat hubungan keretakkan

Kiriman niat dan doa yang kedua kalinya memperlihat perasaan membenci dan lebih berantakan..

Kiriman niat dan doa yang ketiga memohon petunjuk atas masa depan seterusnya..

Dalam diri tertib berdoa memohon pelbagai petunjuk dari hajjat sehinggalah istikarah.. tidur malamnya masih nyenyak.. tiada mimpi tanda ilham..

Perjalanan hariannya kian diduga.. dikala sebulat hati melupakan.. dipertemu empat mata bertentangan..

tika hati membungkal keras tanda pasrah.. diberikan dan diluangkan masa mengintai memandang dari jauh..

tatkala sekerasnya cuba menjauhi.. yaAllah.. ujiannya.. semakin acap mengembali ingatan..

boleh nak jadi cerita.. kesibukan hari ini.. masih mampu tersisip ingatan mengingatnya. Dosa besar apakah?Mohon diampuni dan tidak lagi dihimpit rasa sakit mengingati yang macam-macam..

Esok encik Fahmi.. vendor EASystem.. sila amend yang utama.. mohon search tu ditukar menjadi "INA" xpyh la sesimple sgt namanya... hahaha..

so disturbing.. always haunting my life..

its hurt la.. stop doing this.. please...